Merupakan destinasi persinggahan pelancongan berkonsepkan ikonik seni yang terletak di tengah pusat bandar. Pusat kraf setempat ini menawarkan produk yang berkaitan dengan pelancongan seperti produk berteraskan seni dan kraf, untuk pengunjung tempatan dan luar negeri. Kompleks yang bercirikan seni bina Melayu Terengganu ini menghimpunkan produk-produk kraf tangan tradisi dan moden kontemporari dari seluruh pelusuk negara.
Kompleks Kraf yang mengetengahkan panorama desa dengan landskap, membezakan bangunan ini daripada gedung beli-belah berprestij di sekitar Kuala Lumpur. Ianya berteraskan empat konsep iaitu pendidikan, pemasaran pembudayaan dan penginapan. Mengunjungi Kompleks Kraf umpama menerokai kehidupan masyarakat Malaysia yang penuh dengan kegemilangan seni kraf turun-temurun.
Kraftangan Malaysia memperkenalkan mobile apps yang dikenali sebagai CraftOnTheGo yang boleh dimuat turun melalui Play Store atau App Store.